Maksud Gambar Simbol Empat Jari (R4BIA)

download (1)

R4BIA

Ada yang bertanya, apa maksud gambar simbol 4 jari tu. Disini saya  ingin kongsikan sedikit maksudnya. Jika anda sudah pakai dan letakkan sebagai gambar profile di FB, twitter dan lain-lain laman sosial, kenalah tahu serba sedikit makna dan tujuannya.

Raba’ah / Arbaah = Empat

Dimana “Raba’ah” atau “Dataran Rabiah Adawiyah” merupakan dataran bersejarah tempat bermulanya bantahan kepada kudeta tentera dan disitu jugalah berlaku pembantaian tentera terhadap rakyat secara besar-besaran. Sekarang simbol ini digunakan untuk membantah pembunuhan beramai-ramai di Dataran Rabiah.

Maksudnya juga :

1. Allah matlamat kami.
2. Rasul ikutan kami.
3. Al-Quran panduan kami.
4. Mati dijalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Semoga Allah melindungi saudara kita yang dizalimi. Aamiin..

Related posts:


Nama saya sebagai pemilik atau penulis blog ini adalah Azizul Lemin. Blog ini didedikasikan khas untuk anak sulung saya Dhia Aisyah. Saya mula bergiat dalam penulisan blog dan perniagaan internet sejak tahun 2010. Selain bergiat aktif secara online, saya juga aktif dengan kegiatan kelab kereta.

Advertisement

Komen Anda